Suasana di dewan kuliah riuh sedikit berbanding biasa kerana hari ini merupakan hari terakhir mereka disitu.Tamatlah sudah tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.Selepas ini mereka akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Pastinya mereka akan merindui suasana belajar tersebut. Malangnya, tiada apa yang mampu membuat Karissa untuk berpatah balik merindui alam belajar tersebut. Bila dikenangkan akan menyakitkan hati sahaja.
“Karissa, come here,” profesor yang menjadi saksi kejadian suatu ketika dulu memanggilnya ke hadapan.
Karissa melangkah longlai menuju ke arah professor itu.
“Please come to my room now. I want to tell you something.”
“Ok,” Karissa kembali semula ke tempat duduknya untuk mengambil barang yang tertinggal.Kemudian,dia mengekori profesor tersebut.
“Please,have a sit.”
“Thank,” perlahan-lahan Karissa melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Saya nak minta maaf!” riak wajahnya kelihatan sangat menyesal.
“What are you saying Prof??” Karissa meminta kepastian.Dia mengerutkan dahinya.
“Zariff have told me everything.I’m false because not trutly judges to both of you.Zariff have told to me that you’re an innocent person.He’s blame himself.”
“Subhanallah! Saya bermimpi ke?” Karissa masih tidak mampu untuk mempercayai kata-kata pensyarahnya.
“Tak!” pensyarahnya menggelengkan kepala. “Sekali lagi saya mohon maaf. Ini pengajaran buat saya agar menilai bukan dengan luaran sahaja. Dalaman itu penting! Itulah kebenaran. Lega hatinya apabila masalahnya dapat diselesaikan.
Selepas itu, dia bergerak ke cafeteria. Disana dia bertemu dengan Syarien.
“Oi,apa yang kau sengih-sengih ni hah??? Gila ke???” Syarien menegurnya.Dia menyiku lengan Karissa.
“Hampir-hampir ar….”
“Citer ar kat aku,” Syarien seakan tidak sabar untuk mendengar apa yang akan keluar dari mulut Karissa.Dia merapatkan duduknya dengan Karissa.Memang gelojoh tahap kebulurlah dia ni!
“Sabar ar… Ok,camni.Tadi prof aku panggil suh datang kat bilik dia.”
“Hah!!! Bilik dia???” Syarien tiba-tiba mencelah.
“Woi minaci, apsal otak kau ni blues sangat.Aku belum habis citer lagi kau dah menyampuk.Potong stim betoi ar kau ni,” Karissa menggelengkan kepalanya melihat telatah Syarien.
“Ok, ok, ok….hah, citer ar.”
“Kat mana aku stop tadi? Kan dah lupa.Kau punya pasal lah ni.”
“Aku plak. Kau tu yang banyak tertelan keturunan semut. Huh… Ni hah,prof suh datang kat bilik dia. Pastu apa?” Syarien tidak sabar mendengar cerita.
“Zariff si poyo tahap kincir angin tu dah cerita semuanya kat prof aku.”
“Cerita apa?” Syarien semakin merapati Karissa.
“Rakus ar kau ni.Relax!!! Ala,cerita yang aku kena tangkap ngan Zariff kat dalam stor hari tu. Zariff dah mengaku bukan aku yang bersalah. Dia yang salah. So sekarang ni,nama aku dah bersih kat U ni. Tu yang aku happy giler hari ni.”
“Oh… Bagus ar.Aku pun tumpang senang dua kaki ni,” Syarien memeluk tubuh Karissa.
“Oit, oit, oit, agak-agak ar… Tak Nampak ke banyak mata tenuk tengah tengok kita.”
“Kurang asam betul kau ni. Mata tenuk kau bagi kat dorang. Apa kes mata tenuk, baik mata Dodo,” Syarien semakin ligat mengusik kawannya itu.
“Kau lagi lebih daripada aku,” Karissa ketawa sepuas hati.Beberapa mata memandang mereka.Tetapi dihiraukan sahaja mata tenuk plus mata Dodo memandang mereka.
“Amboi, happy nampak,” tiba-tiba Zariff dan Shamil muncul.
“Yin,aku gerak dulu ar…Aku lupa ada orang nak jumpa aku tadi.Aku cau dulu,” belumpun sempat bergerak, tangannya ditarik oleh Zariff.
“Ah,lepas ar… Tak tau hukum ke pegang-pegang tangan orang yang bukan muhrim,” Karissa memberikan sedikit tazkirah. Fuhh,jadi ustazah la pulak.Hehe……
“Sorry..” Zariff melepaskan kembali tangan Karissa.
“Ala…. Sapa nak temankan aku kat sini.Tak yah ar jumpa orang tu.Tak penting pun kan??? Duduk ar kat sini ngan aku.Dah lama tak borak ngan kau tau. Asyik sibuk kuliah je,” Syarien berlakon seolah-olah merajuk.
“Shamil kan ada. Kau boraklah ngan dia.”
“Karissa,please.Jangan macam ni boleh tak?” Zariff memujuk.
“Kau apsal,menyibuk plak.Jangan kau ingat dengan kau cerita semuanya kat prof aku tu akan buat aku ubah fikiran.Never!!!!!” kali ni dia mahu menjadi tegas terhadap Zariff kerana takut dipermainkan lagi.
“Kenapa susah sangat Karissa nak maafkan saya??”
“Eh,sejak bila kau boleh pandai berlembut ngan aku ni. Dulu bukan main kasar lagi,” Karissa memerli tingkah laku Zariff.
“Semua orang boleh berubah. Takkan saya tak boleh?” Zariff tegas dengan pendirian barunya.
“Wow,wow,kalau nak gaduh jangan kat sini.Atas katillah,” Shamil pula menyibuk.
Serentak Zariff,Karissa dan Syarien menoleh kearah Shamil.benda-benda macam ni boleh dibuat main.Zariff dengan pengikutnya yang sorang ni sama je perangai.Cuma Zariff lebih taikolah.
“Hehe.. Sorry,” Shamil tersenyum unta menampakkan dua batang giginya yang besar.
“I love U Karissa!!!!!!!!” Zariff melafazkan kata cintanya kepada Karissa dengan menjerit sekuat hati.Tersentap Karissa dek kata-kata Zariff yang tidak disangkanya itu.Semua mata tertumpu kearah mereka.Orang ramai mula bertepuk tangan.Kuat dan semakin kuat.
Pang!!!!!!!!!!
Semua orang terhenti bertepuk tangan.Satu tamparan hebat daripada Karissa hinggap dipipi Zariff.
“Aku tak ingin dicintai orang macam kau.Aku tawar hati kat kau.dan aku tak pernah cintakan kau.I hate you,” bergegas karissa beredar dari situ.Zariff hanya mampu melihat langkah Karissa yang semakin menjauh.
“Eh,Mil,saya follow Karissa erk.Takut dia buat apa-apa pulak.Ok bye,” Syarien mengejar Karissa.
“Dah,jom balik.Aku tak nak tengok kau malu kat sini,” Shamil cuba memujuk Zariff agar bergegas pergi kerana banyak mata yang menyaksikan kejadian tersebut.
Zariff menurut perintah kawannya.Sambil berjalan air mata jantannya tumpah ke tanah.Dia menangis bukan kerana malu akibat ditampar didepan khalayak ramai tetapi dia malu dan menyesal atas sikapnya yang selalu berbuat jahat terhadap orang lain.Labih-lebih lagi terhadap Karissa.
No comments:
Post a Comment