Sejak pulang dari kedai tadi sampailah malam ni Karissa masih terperap dalam biliknya.Makan tidak,sembang tidak.Asyik-asyik termenung.Syarien jadi menyesal kerana mempertemukan mereka berdua siang tadi.Syarien pula tidak berani menegur kerana takut dimarahi.Tiba-tiba Karissa teringat kembali peristiwa pahit itu.
“Kau jangan nak berlagak dengan aku,” Zariff memegang erat kedua-dua lengan kecil Karissa ke dinding stor sukan.
“Apa ni? Ko nak apa? Ah,lepas ar… Sakitlah! Bengonglah ko ni,” tengking Karissa.Kudratnya tidak cukup untuk menentang tenaga lelaki itu.Memanglah Karissa ni ada sikap ganas,tetapi itu tidak kuat untuk melawan Zariff.
“Ooo.. bengong!” Zariff menunjukkan riaksi wajah yang terselindung satu niat.Hanya dia yang tahu.Pada mulanya jarak mereka jauh.Oleh kerana Karissa memberontak,Zariff merapatkan tubuhnya ke tubuh Karissa.Dekat sangat.Karissa tidak mampu untuk membalas renungan tajam Zariff.Dalam hati beristighfar dan memohon keampunan agar dia boleh lepas daripada lelaki gila ini.Matanya dipejamkan.Dadanya turun naik dengan laju.Dalam keadaan seperti ini,apa sahaja boleh berlaku.
Lama kedua-duanya menyepi.Dia panasaran ingin tahu.Dengan perasaan yang sedikit takut,dia gagahkan juga untuk melihat apa yang berlaku. lebih-lebih lagi Zariff masih memegang erat tangannya.Saat mata dibuka,wajah kacak Zariff sudah begitu dekat dengan mulutnya.
Pang!!!!! Inilah hadiah terbaik untuk Zariff.Dia mengusap pipinya yang terasa pedih.Jiwanya panas.Dia bagaikan dirasuk syaitan.Badan Karissa dihempas ke lantai.
“Oi mangkuk,sakit ar…” Karissa duduk dan memicit badan belakangnya.Kelihatan setitis air mata jatuh ke lantai.Sungguh tidak disangka zariff yang pernah dikenalinya suatu ketika boleh melukakan hatinya.Memanglah dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadat Zariff.Tetapi,persahabatan mereka sudah begitu jauh.Sepatutnya,Zariff sudah memahaminya.Takkanlah sanggup berbuat begini terhadap kawan sendiri.Dimana letaknya harga diri? Dia sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita bukan menganiaya.
“Ala ciannya…… Dah nangis lollipop ni,” Zariff menyentuh pipi Karissa.Tangannya ditepis kuat oleh Karissa.Kelakuan Zariff membangkitkan rasa tidak selesa terhadapnya.Zariff seakan mempunyai muslihat tersendiri.
“Kau nak apa daripada aku.Apsal kau buat camni hah??? Aku benci kau!!!!!!”
Kata-kata itu membuatkan Zariff tercabar.Dia menolak Karissa hingga terbaring semula.Lalu memegang erat tangan Karissa dan ingin menciumnya.Karissa meronta-ronta minta dilepaskan.Namun tidak diendahkan oleh Zariff. Dengan izin Tuhan,niat Zariff terbantut.Malangnya,Karissa harus menghadapi satu tuduhan berat yang hampir mematahkan semangatnya untuk terus hidup.
“Astaghfirullahalazim…Apa semua ni?” seorang pensyarah Islam yang berasal daripada Malaysia itu yang datang bersama beberapa orang pelajar di universiti tersebut mengejutkan mereka berdua.
Zariff melepaskan Karissa.Cepat-cepat mereka bangun dan membetulkan pakaian masing-masing.Nasib Karissa baik kerana Zariff tidak sempat berbuat apa-apa terhadapnya.Tetapi,mampukah dia mempengaruhi profesor tersebut.Bukan dia tak tahu.Semua Pensyarah yang ada disitu memuji Zariff kerana kebijaksanaannya.Malah,dia juga baik dimata mereka.Tetapi,kenapa dia boleh jadi seperti ini? Jauh menyimpang dengan perangainya yang dahulu.
“Prof..” belumpun sempat Karissa membetulkan keadaan,pensyarah itu menyampuk.
“Ikut saya!” professor itu terdiam.Mungkin dia tidak mahu memalukan Karissa dan Zariff.Tambahan pula,ramai yang menyaksikan perkara tersebut.
Zariff dan Karissa berjalan mengekori professor tersebut.Sepanjang perjalanan Zariff menunjukkan muka kura-kuranya.Seperti orang yang tak bersalah.Karissa pula menangis mengenangkan nasib yang bakal dihadapinya.Sesekali dia mengerling ke arah Zariff.
“I am so upset to you.Macam mana ni boleh berlaku? Kamu tak rasa malu ke?” suasana yang sunyi dibangkitkan dengan soalan mencari jawapan.Kelihatan Zariff tersenyum seperti terdapat sesuatu yang ingin di sampaikan.Penuh tanda tanya.
“We love each other!” ayat pertamanya.
“What????????” Karissa menyampuk.Muka selamba Zariff direnung penuh dendam.
“Cinta kami dah lama.Tapi tak sangka pulak dia desak saya,” bertambah geram Karissa dibuatnya.Pandai-pandai dia je nak reka cerita. “Actually,she cannot stop her felling.So,she force me to do that.” tokoknya lagi.
“What kind of the story?” sekali lagi Karissa mencelah.Kalaulah ada tukul,pasti kepala Zariff sudah menjadi mangsa.Air mata terasa ingin meluru keluar.Tetapi cuba ditahan.Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah.Dia juga harus berani menegakkan keadilan.
“Prof,trust to me.Dia tipu! He’s the first who try to do it.Memang dah lama bercinta tetapi saya takkan buat kerja bodoh ni,” bidas Karissa.
“Kalau dah nafsu tinggi,semua boleh jadi,” Zariff menjadi batu api.Dialah punca segala-galanya.Zarifflah yang telah menyebabkan hidupnya menderita ditanah orang.Zariff jugalah yang telah menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya.Memang malang sungguh nasibnya.
“Kenapa ko yang aku jumpa? Menyesal aku!” Karissa melepaskan perasaan sebalnya diluar bilik tersebut.
“Hahahahahahahaha……..” Zariff ketawa puas.Tinggal Karissa sendirian disitu.Air matanya yang ditahan sedari tadi sudah mengalir deras melalui wajahnya. “Awas ko,suatu hari nanti aku akan buktikan yang aku tak bersalah dalam hal ni.Pergi mampos ar kau…” marah benar Karissa terhadap Zariff.Selepas ini,dia harus membuat muka tembok kerana semua orang pasti tidak akan mempercayainya lagi.Penderitaannya bertambah apabila duit biasiswanya ditarik semula.Dia bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya.Abahnya hanya bekerja kampung sahaja.Lainlah Zariff,dia hanya digantung belajar selama sebulan.Tetapi,kerana duit,dia dibenarkan belajar semula.Dunia ini memang tidak adil.
Pada masa ini tiada apa yang mampu dilakukan.Semua orang tidak percaya kepadanya.Yang mampu dilakukan hanya berserah pada takdir.
“Aku akan balas dendam.”
***
“Woi,apa yang balas dendam ni??? Mengigau ke hape???” Syarien menegurnya.Rupa-rupa dia telah mengelamun.Karissa tersedar dari lamunannya.Dia mengelap sisa air mata yang masih melekat dipipi.
“Taklah,aku teringat masa lalu je.”
“Dah,dah,tak yah ar ingat benda yang sakitkan hati tu,” Syarien memujuk sahabatnya. “Wei,aku nak tanya sikit ni,boleh tak?????” Syarien menokok.
“Pew benda???”
“Apsal ko nangis siang tadi hah???? Zariff tu cakap apa kat kau???” tangannya mengusap badan belakang Karissa.
“Ala…Tak ada apa-apalah.Small matter!!!!” Karissa mengenyitkan matanya.
“Em,whatever!!!!”
“Eh,jap-jap erk.Ada orang call aku,” Syarien menyapa panggilan tersebut diluar bilik.
“Em,Shamil lah tu,” Karissa meneka.Dia membaringkan badan di atas tilam empuknya.Akhirnya dia terlena bersama kedukaannya.
No comments:
Post a Comment