“Yin,hari ni hari Ahad. Jom jalan-jalan kat luar.Makan kat luar nak???? Aku teringin nak makan kat kedai Cahaya Islam tu,” Karissa mengadu kebosanannya.Selama ini dia sukar untuk mendapatkan masa yang terluang kerana asyik dengan assigmentnya.Tambahan pula,tahun ini merupakan tahun terakhir dia belajar.Maka,dia harus bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan.Selepas ini,pekerjaan pasti menantinya.
“Hai,dah ngidam plak kawan aku ni,” Syarien menyakat Karissa.Dahinya sengaja dikerutkan.Selalunya susah nak ajak pergi makan di kedai itu.Hari ni lain pula jadinya.Dia yang beriya-iya sangat nak pergi.Malaun manalah yang dah hasut minah ni?
“Banyaklah kau punya ngidam.Aku teringin je.Nak ikut tak???” nafi Karissa.Senang-senang je nak perli aku.
“Nak tak nak!!!!” Syarien mempermainkan kata-kata Karissa.
“Woi,cakap ar elok-elok.Nak ke tak nak?” marah Karissa.Haiya,sudah angin ma….
“Nak, nak, nak. Eh, tak nak, tak nak, tak nak. Eh, nak, nak, nak.”
“Hisy,aku luku kang.”
“Nak lah.Jom siap.”
Mereka berdua bangun dan bersiap.
***
“Puas hati kau dapat makan kat sini,” Syarien bertanya apabila melihat sahabatnya itu berselera sekali menyuapkan makanan ke dalam mulut.
“Of course ar… Bukan selalu dapat makan masakan Timur,” banyak-banyak restoran yang ada di negara Barat ni,inilah satu-satunya restoran yang dijamin halal.Makanannya juga sama seperti dia Malaysia.Hal ini kerana pemilik restoran tersebut berasal daripada Malaysia.Cuma dibesarkan di sini sahaja.Ewah,salasilah pun dah terberitahu sekali! Hehe….
Mereka bergelak ketawa sambil berbincang mengenai pelajaran.Perbualan mereka terhenti apabila secara tiba-tiba satu suara singgah ditelinga mereka berdua.Pandangan dilontarkan ke arah suara tersebut.
“Assalamualaikum,berdua je???” dua orang jejaka menyapa mereka.Terpana Syarien melihat kekacakan Shamil yang diminatinya.Tetapi kacak lagi Zariff.Karissa terhenti menyuap makanan.Tetapi,dia cepat tersedar.Lantas pandangannya dipusing menghadap makanannya semula.Dia berpura-pura benci dengan kehadiran mereka.Bukan Shamil yang dibencinya tetapi kawan yang dibawanya sekali itu.Namun begitu,satu perasaan yang sukar digambarkan sentiasa berbunga mekar dalam jiwanya setiap kali dia berjumpa Zariff.Perasaan itu sudah lama dibawa bersama.Sejak di bangku sekolah lagi.Kerana itu,dia sukar melenyapkan perasaan tersebut meskipun hatinya sentiasa diguris oleh insan yang tak berperikemanusiaan seperti Zariff.
“Auwww…. Waalaikumussalam,” balas Syarien.Dia membuntangkan matanya kepada Karissa kerana menyepak kakinya.
“Boleh kami duduk sini???” Zariff bersuara.
“Eh,boleh je.Tempat ni bukan hak kami berdua.Lagipun boleh sembang hal pelajaran.”
‘Banyaklah kau punya pelajaran.Padahal boleh bincang pasal kawin-kawin.Hisy,minah tembok ni,aku macam-mana?Takkan nak sembang ngan si Zariff plak.Kau pun tahu aku anti ngan dia.Siaplah kau kat hostel nanti!!!!!!’
Karissa hanya mampu berdiam diri.
‘Huhu……padan muka kau Rissa.Memang aku nak kenakan kau pun.Nasib badanlah.Aku yang bagitau dorang suh datang sini.Selain aku dapat dating ngan Shamil,aku nak bagi kesempatan gak kat Zariff tu.Dah lama dia syok kat kau tapi kau je yang tak bagi peluang kat dia.Nilah masanya.’
“Eh,kejap.Saya duduk sebelah Syarien.Korang berdua duduk kat sini,” Karissa mengubah tempat duduknya.Jika tidak dia terpaksa duduk bersebelahan Zariff dan Syarien bersebelahan Shamil kerana pada mulanya mereka berdua duduk bertentangan dan kerusi hanya ada empat sahaja.
‘Adoi,melepas aku.Tapi tak apa,ni baru permulaan.Nak lembutkan hati orang yang kita sayang mesti ada kesabaran yang tinggi.Sabar Zariff.’ Zariff berkata-kata dalam hati.
“Yin,boleh tak temankan saya pilih kek kat depan tu????” Shamil mengajak Syarien.Tujuannya untuk memberi peluang kepada Zariff bersama Karissa.
“Eh,Za…” Karissa membuka mulut.Tetapi belumpun sempat menghabiskan ayat,Syarien sudah mencelah.
“Eh,boleh sangat.Dari tadi Yin nak beli kek tu tapi Karissa tak nak temankan.Sekarang Mil dah ajak apa salahnya.Jom!!!!”
‘Isy,kau ni kan Yin,mengada-ngadalah.Tadi aku dah ajak kau beli kek kau yang tak nak.Kau boleh nak salahkan aku lagi.Melampau betoi ar…Aigoo,apa aku nak buat ngan mangkuk sorang ni.Anti,anti,anti……’
Syarien dan Shamil bangun dan pergi ke tempat menjual kek.Tinggallah Karissa sendirian bersama Zariff.
Dua-duanya diam seribu bahasa.Tiada eh,tiada uh.Bosan dengan situasi sekarang,Zariff bersuara.
“Karissa,macam mana study awak dalam bidang kedoktoran tu?”
“Ok,” ringkas benar jawapan Karissa.Namun Zariff tak mudah putus asa.
“Syarien tu memang kawan awak yang paling rapat erk?”
“Kenapa pun???”
“Tak ada pape,” Zariff kelihatan menggaru kepalanya.Bingung dia.Apalagi ayat yang hendak diutarakan agar Karissa dapat berbaik dengannya.
Semuanya senyap semula.
“Nice hari ni.Beautiful.Sopan,” Zariff memuji kecantikan Karissa.Dia percaya dengan ayat tersebut,mungkin Karissa akan berbaik dengannya.Tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Ko nak apa sebenarnya? Tak payah lah nak main bahasa ngan aku,” marah benar dia terhadap lelaki itu.Memandangnya pun sukar.
“Ok,I’m sorry.Saya nak minta maaf cause selalu sakitkan hati awak.Saya nak berbaik dengan awak.Please,” Zariff berterus terang.
“Cerminlah diri tu dulu.”
“Saya betul-betul menyesal.Saya tak sengaja pun nak buat macam tu.I’m sorry.”
“Sorry??? Tu je yang ko tau??” bengang tahap puteri tebuan Karissa dibuatnya.Rasanya dia telah tersilap membuat pilihan untuk keluar makan direstoran tersebut.Zariff menjadi tidak menentu.Sesungguhnya dia telah melukakan hati seseorang yang dicintainya.Tetapi kenapa dia boleh bertindak bodoh dahulu? Sedangkan dia juga mencintai perempuan itu.
“Eh,Rissa,kenapa ni?” Syarien menegur sahabatnya apabila mendapati Karissa menangis.Karissa pula tidak dapat menahan perasaannya tatkala mengenangkan peristiwa lalu.Bukan dia seorang perempuan yang lemah.Malah,dia sering menjadi pembimbing kepada kawan-kawan yang lain.Cuma,kenapa cintanya berakhir sebegini?
“Oi kawan.Apa kau dah buat ni hah???” Shamil menepuk lembut bahu Zariff disertai gelak kecil.
“Yin,aku nak balik.Jom!!!!” tanpa sempat berkata-kata,Karissa pantas menarik tangannya dan bergerak dari situ.Air matanya dikesat.Dia tidak mahu orang melihat dia menangis.
Sambil berjalan,Syarien menunjukkan isyarat tangannya ditelinga menunjukkan dia akan membuat panggilan pada bila-bila masa kepada Shamil.Shamil mengangkat ibu jari tangannya menunjukkan dia bersetuju.Karissa dan Syarien hilang dari pandangan.
“Kau cakap apa ngan Karissa sampai menangis bagai nak rak tu??” Shamil menyakat kawannya.
“Nantilah aku cerita.Jomlah! Aku pun dah tak da selera nak makan.”
“Pulak dah!” Shamil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Satu keluhan dilepaskan.Melepas impiannya untuk makan dengan Syarien.Ini semua Zariff punya pasallah.Eloknya campak je lelaki ni ke kandang seladang.Biar disondolnya.
No comments:
Post a Comment