Tuesday, 4 October 2011

Sayangku Kiss me! 1

“Assalamualaikum,baca buku cinta erk???” Syarien mengusik Karissa yang dilihat sedang leka membaca novel.
“Kau ni Yin,kalau tak usik aku dalam satu hari tak sah.One more thing,what did you say just now? Buku cinta!!! Ni buku pelajaran ok!!!! Cinta-cinta ni tak mainlah,” kata-kata Syarien ditepis keras oleh Karissa.
“Yelah tu….. Novel tu bukan buku cinta rupanya. Baru aku tau….” Syarien memerli sahabatnya.Karissa ni memang suka berdalih.Ada sahaja bidasnya.
“Kau apa tau.Bagi aku ni sebagai rujukan nak buat novel.Lainlah kau,sebagai rujukan nak buat ayat jiwang kuno kau kat Shamil tu,” kata-kata Syarien dibalas pedas oleh Karissa.Mujurlah itu hanya gurauan semata-mata.
Bukan dia mahu menafikan bahawa cinta itu tiada,tetapi dia mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depannya.Sesekali terbit juga benih-benih cinta tetapi pengalaman lalu mengajarnya agar lebih berhati-hati.Selepas apa yang berlaku terhadap dirinya,dia mengambil keputusan agar menolak lelaki untuk dicintai.Baginya,lelaki memang tidak layak untuk menerima kasih sayang dari seorang perempuan.
Kini,bukan mudah untuk cinta dibalas cinta.Baginya,pintu hati untuk menerima seseorang lelaki bagai tertutup rapat.Bagaikan ada kod rahsia yang hanya dapat ditafsirkan oleh pasangan hidupnya yang dijodohkan Allah untuk membuka kembali pintu hatinya kelak.Siapakah gerangan yang dapat melembutkan hatinya semula?
“Hello!!!!” Syarien memanggil Karissa yang sudah terbuai dek perasaan.Senang benar dia terleka.
“HELLO!!!!!!!!!” kali ni suaranya lebih keras.Mungkin tiada maklum balas daripada Karissa.Berkesan! Karissa menoleh Syarien dengan mata yang terbelalak.Telinganya ditekup dengan tangan.
“Oit,agak-agak ar.Pecah telinga aku.Suara macam king kong.Nak mati aku dengarnya,” selamba sahaja Karissa bercakap.
“King kong????? Ok gak.Sekurang-kurangnya aku ada gelaran King.Kau apa ada???? Taik gigi ada lah.Hehe……..”
“Kurang asam betoi ar…… Apa gunanya king…. King pun baterinya dah kong.Hahaha……….”
Masing-masing tidak mahu mengalah.Perbalahan demi perbalahan kedengaran.Lama kemudian,Syarien mati kata-kata.Dia membiarkan sahaja Karissa membebel sendirian.
“Hah,apsal diam?? Dah kalah ngan aku lah tu,” acuh Karissa. Dia tahu, selalunya kalau berbalah dengan Syarien, kemenangan pasti dipihaknya.Mungkin gen emaknya banyak sangat kut!
“Eh,tolong sikit!!!!! Kau tak dengar ke orang bilik sebelah dah bising.Pekak tahap mengkudu ar kau ni,” giliran Syarien pula mengutuk kawannya.
“Oi,melampau betoi kau ni.Aku cepuk kang.Dah!!!! Malas aku nak layan kau.Pergi ar main jauh-jauh.Bau bacing ar kau ni.Dah mandi ke belum entah,” Karissa menolak lembut badan Syarien.
“Nah,nah,nah…...amik kau.Rasakan penangan bau terhebat dari aku.Huhuhu……” Syarien mengangkat ketiaknya dan mendekatkan ke muka Karissa.
“Mak ai!!!!!!!! Nak mampos aku.Bau mengalahkan biawak mati.Tempoyak plus belacan plus budu pun tak bau haruk macam ketiak kau.Baik kau pergi mandi.Fuhh!!!!!”
“Yelah……” malas di kutuk lagi,Syarien pun segera beredar.
 Karissa menyambung semula pembacaannya.Syarien pula hilang di sebalik daun pintu.Dia menarik nafas lega.Sengaja dia mereka ayat agar Syarien tidak mengganggunya.Bau tersebut hanya rekaan semata-mata.Memang benar Syarien masih belum mandi,tetapi tidaklah sampai bau teruk sangat.
“Cak,cak,cak……..” Syarien menjengukkan kepalanya dari daun pintu.
Karissa melepaskan satu keluhan panjang.
“Kau nak apa lagi hah????”
“Aku lupa nak amik tualalah.Takkan nak terbuntang bulat kut..” Syarien berjalan ke ampaian tuala.
“Hah,nak apa tengok-tengok aku,” Karissa meyoal apabila Syarien berhenti dihadapannya.
“Eh,perasan plak!!! Bila masa aku tengok kau.Aku tengok taik hidung kau tu.Kau ni mandi ke tak???” hidung Karissa dicuit.
“Mandi ok… Lebih awal dari kau,” Karissa mengelap mukanya.Kelihatan sedikit taik hidung di tapak tangannya.
“Hahaha….kutuk aku lagi,” bergema bilik itu dengan suara Syarien.
Karissa mencampakkan bantal kearah Syarien.Segera Syarien mengelak dan terus hilang di balik pintu.
‘Ah,macam mana aku boleh tak perasan ada benda kat muka aku ni.Malunya.’
“Aik,dah mandi ke belum?”
“Dah ar… Tak caya ko cium ketiak aku,” Syarien mengangkat ketiaknya.
“Fuhh….. Taubat aku.Oit,laju benar hang mandi.Daki-daki berkilo kau pun tak sempat tanggal.Mandi apa kau ni.”
“Kau jangan kutuk aku lebih-lebih.Kang aku bagi plak.Dah ar baca novel tu.Jom solat.”
“Opsss…..women matter..” Karissa tersenyum sipu.
“Em…..pututlah banyak jerawat kat muka kau.Hehehe…”
“Banyaklah kau punya jerawat..Tak ada pun,” Karissa menyentuh kulit mukanya.Licin.
“Dah,dah.Cepat solat.Dah nak habis maghrib ni,” tokok Karissa.
Syarien solat sendirian manakala Karissa menyambung membaca novel.

No comments:

Post a Comment