Enam bulan telah berlalu. Tibalah masa untuk mereka menerima sugulung ijazah masing-masing. Hari ini juga merupakan hari Konvokesyen. Dewan Queens University of Belfast di United Kingdom sudah dipenuhi dengan golongan penerima ijazah. Cuma Karissa dan Syarien yang masih belum tiba.Zariff menjadi tidak senang duduk. Dia menunggu mereka berdua dipintu dewan tersebut.
“Bahh!!!” Shamil menyergah Zariff dari belakang.
“Fuhh,aku tumbuk pulak kicap kipas udang ni,” Zariff menunjukkan buku limanya kepada Shamil.
“Relax bro!!!!! Kau buat apa kat sini?”
“Aku risau ar… Karissa tak sampai lagi ni. Apa hal ngan dorang hah?” matanya melilau kekiri kekanan mencari kelibat Karissa.
“Aik, risau kat Karissa sorang je.Aku punya tu kau tak risau pulak.”
“Syarien kau tu buat apa nak risau. Bukan aku punya pun. Aku tengok kau tu pun tak risau.”
“Buat apa aku nak risau. Aku tau dorang akan sampai. Mana tau jalan jam ke???” Shamil membuat andaian bersahajanya.
“Oi,cepat ar… Dah lambat ni.Time-time camnilah kau nak isi topup pulak.Adoi….” Syarien membebel kepada Karissa.
“Jap ar… Aku datang ni.Bising betoi cakciboo ni.U bukan jauh pun.Depan mata kau tu ha,” Karissa melangkah keluar dari kedai telefon tersebut dengan tergesa-gesa.
“Wei,aku nak pergi kedai sebelah jap.Beli air,” Karissa melambatkan lagi masa.
“Aduh… Pe lagilah kau ni.Cepat ar… Dah lambat ni,” bertambah bebelan Syarien.
“Kau pergilah dulu.”
“Ok,aku pergi dulu,” Syarien pergi meninggalkan Karissa sendirian.
Beberapa langkah Syarien menapak,Karissa memanggilnya.
“Eh, jap, jap, jap….” Karissa melambainya.
“Apa lagi kau ni?” merah padam muka Syarien.
“Tolong jaga tempat aku tau,” Karissa tersenyum dinasour.
“Aku taulah,” Syarien meninggikan suaranya. Dia berjalan pantas menuju ke university tersebut. Kelibat Syarien hilang di balik pintu pagar utama universiti tersebut.
Karissa menuju ke kedai sebelah untuk membeli air.Selepas membuat pembayaran,dia tergesa-gesa keluar.
Opssss……
“Sorry!!!!” Karissa telah terlanggar seorang lelaki. Air minumnya tumpah mengenai baju lelaki itu. Tanpa sedar, dia membersihkan baju lelaki itu dengan tangannya.Dalam keadaan yang kelam kabut,dia sempat menoleh ke wajah lelaki tersebut.
‘Aigoo,macam mana boleh tak perasan pulak ni? Mak ai…handsomenya!!!!!’
“Buta ke? Kat mana awak letak mata tu. Kat lutut?” lelaki tersebut telah memarahinya kerana baju lelaki tersebut sudah lencun dek air yang dibeli Karissa. Karissa tersedar kembali.Kekacakan wajahnya membuatnya karissa terdiam.
“Awak, sorry sangat-sangat. Saya nak cepat ni,” Karissa membuat muka simpati.Dengan harapan alasannya diterima.
“Nak cepat pun,agak-agak ar… Kalau air mineral tak apa lagi,ni air fresh orange. Isi buah pun ada melekat kat baju ni,” lelaki itu mengibaskan tangannya ke baju untuk membersihkan kotoran tersebut.
“Saya mintak maaf sekali lagi.Tapi sekarang saya kena cepat. Hari ni konvokesyen kat U saya.Saya pergi dulu,” Karissa berlari-lari anak meninggalkan lelaki tersebut.
“Woi, jangan lari,” lelaki itu menjerit ke arahnya.Karissa hanya melambaikan tangan sahaja.Dia dapat melihat muka lelaki itu yang bengang.
“Kurang asam betoi. Kau dah kotorkan baju aku boleh senang-senang nak larikan diri.Aku akan tunggu kau,” lelaki itu mencekak pinggang dan membebel sendirian.
Karissa tiba jua di dewan tersebut.Tetapi majlis telah dimulakan kira-kira sepuluh minit yang lalu. Pintu dewan juga telah ditutup.Dari jauh dia dapat melihat Zariff yang menunggu di pintu dewan tersebut.
Hisy,dia ni kenapa? Tunggu aku ke? Em…nak baik ngan aku lah tu.Tapi kenapa aku susah sangat nak terima maaf dia.Ah,jangan berlembut.Nanti dia pijak kepala kau lagi.Kau nak ke?
Karissa bermonolog sendirian.
Gedebussss……
Aduh,macam mana boleh tak nampak longkang ni!!!!! Yang paling memalukan boleh pulak nak jatuh depan dia ni…Cover… Berkerut dahinya menahan sakit.
“Karissa,awak ok?” Zariff menghulurkan tangannya untuk memberi bantuan.
“Aduh,tak payah ar nak amik tau pasal aku,” Karissa masih berdegil. Dia memicit kaki kanannya yang sakit.
“Awak,kaki tu berdarah. Jomlah saya ubatkan. Nanti tambah serius pulak,” Zariff memberi bantuan ikhlas.
“Tak payah.Aku boleh jalan lagi.Boleh tak jangan menyibuk urusan aku?” Karissa cuba menegah dari ditolong Zariff.
Dia berusaha bangun sendirian.Walaupun masih sakit,dia berdegil untuk tidak menerima bantuan dari sesiapa.Selang melangkah ke hadapan….
“Auw!!!!!!!!” badannya melambung ke hadapan.Dengan pantasnya disambut oleh Zariff dari hadapan.
“Hisy,lepaskan aku,” Karissa meronta-ronta minta dilepaskan.Tetapi tidak diendahkan oleh Zariff.Sebaliknya,Zariff segera mendukung Karissa dan membawanya ke bilik rawatan.
“Apa ni? Lepaslah!!!!!” Karissa memukul-mukul tubuh sasa Zariff. Zariff pula seakan tidak merasa apa-apa kesakitan pun.Dia harus menebus kembali kesilapannya dahulu. Jadi,dia harus menolong Karissa walaupun dia terpaksa menerima pukulan percuma daripada perempuan itu.
“Kali ni saya tak boleh lepaskan awak. Saya kena bantu awak. Saya tau awak tak mampu berjalan. Kalau awak tak mahu diam,saya bawak awak lari dari sini,” Zariff mengangkat keningnya tanda mengugut.
“Tapi kalau kau tak nak lepaskan aku sekarang,aku akan buat report yang kau cuba nak cabul aku,” Karissa pula membuat ugutan.Malangnya, sedikitpun tidak diendahkan Zariff.Dia tetap mendukung Karissa.
“Apa bukti saya cuba nak cabul awak?”
Soalan itu membuatkan Karissa tidak mampu membalasnya.Dia terkena. Siapa yang akan percaya dengan cerita yang direkanya.
“Apa buktinya?” Zariff mengulang ayatnya tadi.
“Awak tak ada bukti nak dakwa saya pun.Saya boleh cakap yang saya hanya nak tolong awak je,” Zariff menokok.
“Yelah,tapi tak payah ar sampai nak dukung-dukung.Haramlah!” marah Karissa.Niat memanglah nak tolong tapi tak payahlah sampai nak dukung. Kalau nampak dek mak kau Karissa,habis lumat dikerjanya.
“Biarlah, lagipun cara ni boleh cepatkan masa.Awak tak nak amik ijazah awak tu ke?”
Karissa diam membisu.Selalunya dia akan menentang habis-habisan kata-kata Zariff.Tetapi,kali ini dia yang terpaksa mengalah.Apa mungkin hati batunya dapat dilembutkan oleh insan yang bernama Zariff.
Diam tak diam,akhirnya mereka tiba di bilik rawatan. Melihatkan tiada sesiapa yang berada di situ, Zarifflah yang mengambil alih.Dia meletakkan Karissa di atas katil pesakit.Kaki Karissa dilunjurkan.Kemudian,dia mengambil ubat yang sesuai untuk mengubati luka Karissa.
“Awak duduk diam-diam,saya nak letak ubat ni.Tapi tahan sikit tau,ubat ni pedih sikit coz nak elak jangkitan kuman.”
Karissa tidak mengeluarkan sepatah kata pun.Umpama mulutnya sudah terkunci dengan kebaikan Zariff. Dia merenung wajah kacak Zariff yang leka mengubati luka dikakinya.Khayalannya hilang sebaik sahaja telefon bimbitnya berbunyi.Segera di menyembunyikan perasaannya.
“Woi,kau kat mana ni? Takkan lepak kat kedai lagi kot,” kedengaran suara Syarien di talian.
“A’ah. Aku tengah lepak ni.Tak nak join sekali ke?” Karissa melawak.Zariff pula tergelak dengan lawak Karissa.
“Woi,sapa suara lelaki tu? Kau kat mana sekarang ni. Ehem,ehem… Aku tau!!!! Kau ngan Zariff ya? Zariff pun tak ada kat sini.Baik kau cakap betul-betul ngan aku!!!!!”
“Aku terjatuh tadi.Tapi aku tak larat nak jalan.Pas……” belum sempat menghabiskan ayat,telefon bimbitnya dirampas Zariff.
“Woi,bak ar sini,” selamba badak je Zariff ambil haknya.Ni yang nak kena rebus dalam kawah ni!
“Ha… Duduk diam-diam.Kang jatuh, tak pasal-pasal saya peluk awak pulak,” beraninya Zariff berkata sedemikian rupa.Ternganga Karissa.
Karissa terpaksa akur. Zariff menyambung perbualan tersebut.
“Memanglah orang tu tak larat nak jalan.Nak mintak dukung!!!!!!” Zariff menyakat Karissa.
“Yin,jangan percaya cakap dia,” Karissa meninggikan lagi volume suaranya.
Zariff membuka louder speaker.Kedengaran gelak tawa Syarien di talian.
“Kau jangan buat apa-apa kat kawan aku tu,” Syarien membalas.
“Tengoklah!!!!!” bersahaja jawapan dari Zariff.
Karissa membulatkan matanya kearah Zariff.
“Nakallah kau ni.So sekarang ni korang kat ne?” Syarien meminta kepastian kerana bimbang mereka tidak dapat hadir.
“Kita orang kat bilik rawatan ni. Kaki Karissa luka. Kejap lagi kita orang sampailah kat sana. Ok,aku nak uruskan dia jap. Assalamualaikum,” Zariff menamatkan perbualan.Dia memulangkan kembali telefon bimbit Karissa.
“Dah,jom gerak. Boleh tak? Atau nak saya dukung?”
“Jangan nak ngada-ngada erk.”