Tuesday, 4 October 2011

Sayangku, Kiss me! 5


Enam bulan telah berlalu. Tibalah masa untuk mereka menerima sugulung ijazah masing-masing. Hari ini juga merupakan hari Konvokesyen. Dewan Queens University of Belfast di United Kingdom sudah dipenuhi dengan golongan penerima ijazah. Cuma Karissa dan Syarien yang masih belum tiba.Zariff menjadi tidak senang duduk. Dia menunggu mereka berdua dipintu dewan tersebut.
“Bahh!!!” Shamil menyergah Zariff dari belakang.
“Fuhh,aku tumbuk pulak kicap kipas udang ni,” Zariff menunjukkan buku limanya kepada Shamil.
Relax bro!!!!! Kau buat apa kat sini?”
“Aku risau ar… Karissa tak sampai lagi ni. Apa hal ngan dorang hah?” matanya melilau kekiri kekanan mencari kelibat Karissa.
“Aik, risau kat Karissa sorang je.Aku punya tu kau tak risau pulak.”
“Syarien kau tu buat apa nak risau. Bukan aku punya pun. Aku tengok kau tu pun tak risau.”
“Buat apa aku nak risau. Aku tau dorang akan sampai. Mana tau jalan jam ke???” Shamil membuat andaian bersahajanya.
             “Oi,cepat ar… Dah lambat ni.Time-time camnilah kau nak isi topup pulak.Adoi….” Syarien membebel kepada Karissa.
“Jap ar… Aku datang ni.Bising betoi cakciboo ni.U bukan jauh pun.Depan mata kau tu ha,” Karissa melangkah keluar dari kedai telefon tersebut dengan tergesa-gesa.
“Wei,aku nak pergi kedai sebelah jap.Beli air,” Karissa melambatkan lagi masa.
“Aduh… Pe lagilah kau ni.Cepat ar… Dah lambat ni,” bertambah bebelan Syarien.
“Kau pergilah dulu.”
“Ok,aku pergi dulu,” Syarien pergi meninggalkan Karissa sendirian.
Beberapa langkah Syarien menapak,Karissa memanggilnya.
“Eh, jap, jap, jap….” Karissa melambainya.
“Apa lagi kau ni?” merah padam muka Syarien.
“Tolong jaga tempat aku tau,” Karissa tersenyum dinasour.
“Aku taulah,” Syarien meninggikan suaranya. Dia berjalan pantas menuju ke university tersebut. Kelibat Syarien hilang di balik pintu pagar utama universiti tersebut.
Karissa menuju ke kedai sebelah untuk membeli air.Selepas membuat pembayaran,dia tergesa-gesa keluar.
Opssss……
“Sorry!!!!” Karissa telah terlanggar seorang lelaki. Air minumnya tumpah mengenai baju lelaki itu. Tanpa sedar, dia membersihkan baju lelaki itu dengan tangannya.Dalam keadaan yang kelam kabut,dia sempat menoleh ke wajah lelaki tersebut.
‘Aigoo,macam mana boleh tak perasan pulak ni? Mak ai…handsomenya!!!!!’
“Buta ke? Kat mana awak letak mata tu. Kat lutut?” lelaki tersebut telah memarahinya kerana baju lelaki tersebut sudah lencun dek air yang dibeli Karissa. Karissa tersedar kembali.Kekacakan wajahnya membuatnya karissa terdiam.
“Awak, sorry sangat-sangat. Saya nak cepat ni,” Karissa membuat muka simpati.Dengan harapan alasannya diterima.
“Nak cepat pun,agak-agak ar… Kalau air  mineral tak apa lagi,ni air fresh orange. Isi buah pun ada melekat kat baju ni,” lelaki itu  mengibaskan tangannya ke baju untuk membersihkan kotoran tersebut.
“Saya mintak maaf sekali lagi.Tapi sekarang saya kena cepat. Hari ni konvokesyen kat U saya.Saya pergi dulu,” Karissa berlari-lari anak meninggalkan lelaki tersebut.
“Woi, jangan lari,” lelaki itu menjerit ke arahnya.Karissa hanya melambaikan tangan sahaja.Dia dapat melihat muka lelaki itu yang bengang.
“Kurang asam betoi. Kau dah kotorkan baju aku boleh senang-senang nak larikan diri.Aku akan tunggu kau,” lelaki itu mencekak pinggang dan membebel sendirian.
Karissa tiba jua di dewan tersebut.Tetapi majlis telah dimulakan kira-kira sepuluh minit yang lalu. Pintu dewan juga telah ditutup.Dari jauh dia dapat melihat Zariff yang menunggu di pintu dewan tersebut.
Hisy,dia ni kenapa? Tunggu aku ke? Em…nak baik ngan aku lah tu.Tapi kenapa aku susah sangat nak terima maaf dia.Ah,jangan berlembut.Nanti dia pijak kepala kau lagi.Kau nak ke?
Karissa bermonolog sendirian.
Gedebussss……
Aduh,macam mana boleh tak nampak longkang ni!!!!! Yang paling memalukan boleh pulak nak jatuh depan dia ni…Cover… Berkerut dahinya menahan sakit.
“Karissa,awak ok?” Zariff menghulurkan tangannya untuk memberi bantuan.
“Aduh,tak payah ar nak amik tau pasal aku,” Karissa masih berdegil. Dia memicit kaki kanannya yang sakit.
“Awak,kaki tu berdarah. Jomlah saya ubatkan. Nanti tambah serius pulak,” Zariff memberi bantuan ikhlas.
“Tak payah.Aku boleh jalan lagi.Boleh tak jangan menyibuk urusan aku?” Karissa cuba menegah dari ditolong Zariff.
Dia berusaha bangun sendirian.Walaupun masih sakit,dia berdegil untuk tidak menerima bantuan dari sesiapa.Selang melangkah ke hadapan….
“Auw!!!!!!!!” badannya melambung ke hadapan.Dengan pantasnya disambut oleh Zariff dari hadapan.
“Hisy,lepaskan aku,” Karissa meronta-ronta minta dilepaskan.Tetapi tidak diendahkan oleh Zariff.Sebaliknya,Zariff segera mendukung Karissa dan membawanya ke bilik rawatan.
“Apa ni? Lepaslah!!!!!” Karissa memukul-mukul tubuh sasa Zariff. Zariff pula seakan tidak merasa apa-apa kesakitan pun.Dia harus menebus kembali kesilapannya dahulu. Jadi,dia harus menolong Karissa walaupun dia terpaksa menerima pukulan percuma daripada perempuan itu.
“Kali ni saya tak boleh lepaskan awak. Saya kena bantu awak. Saya tau awak tak mampu berjalan. Kalau awak tak mahu diam,saya bawak awak lari dari sini,” Zariff mengangkat keningnya tanda mengugut.
“Tapi kalau kau  tak nak lepaskan aku sekarang,aku akan buat report yang kau cuba nak cabul aku,” Karissa pula membuat ugutan.Malangnya, sedikitpun tidak diendahkan Zariff.Dia tetap mendukung Karissa.
“Apa bukti saya cuba nak cabul awak?”
Soalan itu membuatkan Karissa tidak mampu membalasnya.Dia terkena. Siapa yang akan percaya dengan cerita yang direkanya.
“Apa buktinya?” Zariff mengulang ayatnya tadi.
“Awak tak ada bukti nak dakwa saya pun.Saya boleh cakap yang saya hanya nak tolong awak je,” Zariff menokok.
“Yelah,tapi tak payah ar sampai nak dukung-dukung.Haramlah!” marah Karissa.Niat memanglah nak tolong tapi tak payahlah sampai nak dukung. Kalau nampak dek mak kau Karissa,habis lumat dikerjanya.
“Biarlah, lagipun cara ni boleh cepatkan masa.Awak tak nak amik ijazah awak tu ke?”
Karissa diam membisu.Selalunya dia akan menentang habis-habisan kata-kata Zariff.Tetapi,kali ini dia yang terpaksa mengalah.Apa mungkin hati batunya dapat dilembutkan oleh insan yang bernama Zariff.
Diam tak diam,akhirnya mereka tiba di bilik rawatan. Melihatkan tiada sesiapa yang berada di situ, Zarifflah yang mengambil alih.Dia meletakkan Karissa di atas katil pesakit.Kaki Karissa dilunjurkan.Kemudian,dia mengambil ubat yang sesuai untuk mengubati luka Karissa.
“Awak duduk diam-diam,saya nak letak ubat ni.Tapi tahan sikit tau,ubat ni pedih sikit coz nak elak jangkitan kuman.”
Karissa tidak mengeluarkan sepatah kata pun.Umpama mulutnya sudah terkunci dengan kebaikan Zariff. Dia merenung wajah kacak Zariff yang leka mengubati luka dikakinya.Khayalannya hilang sebaik sahaja telefon bimbitnya berbunyi.Segera di menyembunyikan perasaannya.
“Woi,kau kat mana ni? Takkan lepak kat kedai lagi kot,” kedengaran suara Syarien di talian.
“A’ah. Aku tengah lepak ni.Tak nak join sekali ke?” Karissa melawak.Zariff pula tergelak dengan lawak Karissa.
“Woi,sapa suara lelaki tu? Kau kat mana sekarang ni. Ehem,ehem… Aku tau!!!! Kau ngan Zariff ya? Zariff pun tak ada kat sini.Baik kau cakap betul-betul ngan aku!!!!!”
“Aku terjatuh tadi.Tapi aku tak larat nak jalan.Pas……” belum sempat menghabiskan ayat,telefon bimbitnya dirampas Zariff.
“Woi,bak ar sini,” selamba badak je Zariff ambil haknya.Ni yang nak kena rebus dalam kawah ni!
“Ha… Duduk diam-diam.Kang jatuh, tak pasal-pasal saya peluk awak pulak,” beraninya Zariff berkata sedemikian rupa.Ternganga Karissa.
Karissa terpaksa akur. Zariff menyambung perbualan tersebut.
“Memanglah orang tu tak larat nak jalan.Nak mintak dukung!!!!!!” Zariff menyakat Karissa.
“Yin,jangan percaya cakap dia,” Karissa meninggikan lagi volume suaranya.
Zariff membuka louder speaker.Kedengaran gelak tawa Syarien di talian.
“Kau jangan buat apa-apa kat kawan aku tu,” Syarien membalas.
“Tengoklah!!!!!” bersahaja jawapan dari Zariff.
Karissa membulatkan matanya kearah Zariff.
“Nakallah kau ni.So sekarang ni korang kat ne?” Syarien meminta kepastian kerana bimbang mereka tidak dapat hadir.
“Kita orang kat bilik rawatan ni. Kaki Karissa luka. Kejap lagi kita orang sampailah kat sana. Ok,aku nak uruskan dia jap. Assalamualaikum,” Zariff menamatkan perbualan.Dia memulangkan kembali telefon bimbit Karissa.
“Dah,jom gerak. Boleh tak? Atau nak saya dukung?”
“Jangan nak ngada-ngada erk.”

Sayangku, Kiss me! 4


Suasana di dewan kuliah riuh sedikit berbanding biasa kerana hari ini merupakan hari terakhir mereka disitu.Tamatlah sudah tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.Selepas ini mereka akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Pastinya mereka akan merindui suasana belajar tersebut. Malangnya, tiada apa yang mampu membuat Karissa untuk berpatah balik merindui alam belajar tersebut. Bila dikenangkan akan menyakitkan hati sahaja.
“Karissa, come here,” profesor yang menjadi saksi kejadian suatu ketika dulu memanggilnya ke hadapan.
Karissa melangkah longlai menuju ke arah professor itu.
Please come to my room now. I want to tell you something.”
“Ok,” Karissa kembali semula ke tempat duduknya untuk mengambil barang yang tertinggal.Kemudian,dia mengekori profesor tersebut.
Please,have a sit.”
“Thank,” perlahan-lahan Karissa melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Saya nak minta maaf!” riak wajahnya kelihatan sangat menyesal.
What are you saying Prof??” Karissa meminta kepastian.Dia mengerutkan dahinya.
Zariff have told me everything.I’m false because not trutly judges to both of you.Zariff have told to me that you’re an innocent person.He’s blame himself.”
“Subhanallah! Saya bermimpi ke? Karissa masih tidak mampu untuk mempercayai kata-kata pensyarahnya.
“Tak!” pensyarahnya menggelengkan kepala. “Sekali lagi saya mohon maaf. Ini pengajaran buat saya agar menilai bukan dengan luaran sahaja. Dalaman itu penting! Itulah kebenaran. Lega hatinya apabila masalahnya dapat diselesaikan.
Selepas itu, dia bergerak ke cafeteria. Disana dia bertemu dengan Syarien.
“Oi,apa yang kau sengih-sengih ni hah??? Gila ke???” Syarien menegurnya.Dia menyiku lengan Karissa.
“Hampir-hampir ar….”
“Citer ar kat aku,” Syarien seakan tidak sabar untuk mendengar apa yang akan keluar dari mulut Karissa.Dia merapatkan duduknya dengan Karissa.Memang gelojoh tahap kebulurlah dia ni!
“Sabar ar… Ok,camni.Tadi prof aku panggil suh datang kat bilik dia.”
“Hah!!! Bilik dia???” Syarien tiba-tiba mencelah.
“Woi minaci, apsal otak kau ni blues sangat.Aku belum habis citer lagi kau dah menyampuk.Potong stim betoi ar kau ni,” Karissa menggelengkan kepalanya melihat telatah Syarien.
“Ok, ok, ok….hah, citer ar.”
“Kat mana aku stop tadi? Kan dah lupa.Kau punya pasal lah ni.”
“Aku plak. Kau tu yang banyak tertelan keturunan semut. Huh… Ni hah,prof suh datang kat bilik dia. Pastu apa?” Syarien tidak sabar mendengar cerita.
“Zariff si poyo tahap kincir angin tu dah cerita semuanya kat prof aku.”
“Cerita apa?” Syarien semakin merapati Karissa.
“Rakus ar kau ni.Relax!!! Ala,cerita yang aku kena tangkap ngan Zariff kat dalam stor hari tu. Zariff dah mengaku bukan aku yang bersalah. Dia yang salah. So sekarang ni,nama aku dah bersih kat U ni. Tu yang aku happy giler hari ni.”
“Oh… Bagus ar.Aku pun tumpang senang dua kaki ni,” Syarien memeluk tubuh Karissa.
“Oit, oit, oit, agak-agak ar… Tak Nampak ke banyak mata tenuk tengah tengok kita.”
“Kurang asam betul kau ni. Mata tenuk kau bagi kat dorang. Apa kes mata tenuk, baik mata Dodo,” Syarien semakin ligat mengusik kawannya itu.
“Kau lagi lebih daripada aku,” Karissa ketawa sepuas hati.Beberapa mata memandang mereka.Tetapi dihiraukan sahaja mata tenuk plus mata Dodo memandang mereka.
“Amboi, happy nampak,” tiba-tiba Zariff dan Shamil muncul.
“Yin,aku gerak dulu ar…Aku lupa ada orang nak jumpa aku tadi.Aku cau dulu,” belumpun sempat bergerak, tangannya ditarik oleh Zariff.
“Ah,lepas ar… Tak tau hukum ke pegang-pegang tangan orang yang bukan muhrim,” Karissa memberikan sedikit tazkirah. Fuhh,jadi ustazah la pulak.Hehe……
“Sorry..” Zariff melepaskan kembali tangan Karissa.
“Ala…. Sapa nak temankan aku kat sini.Tak yah ar jumpa orang tu.Tak penting pun kan??? Duduk ar kat sini ngan aku.Dah lama tak borak ngan kau tau. Asyik sibuk kuliah je,” Syarien berlakon seolah-olah merajuk.
“Shamil kan ada. Kau boraklah ngan dia.”
“Karissa,please.Jangan macam ni boleh tak?” Zariff memujuk.
“Kau apsal,menyibuk plak.Jangan kau ingat dengan kau cerita semuanya kat prof aku tu akan buat aku ubah fikiran.Never!!!!!” kali ni dia mahu menjadi tegas terhadap Zariff kerana takut dipermainkan lagi.
“Kenapa susah sangat Karissa nak maafkan saya??”
“Eh,sejak bila kau boleh pandai berlembut ngan aku ni. Dulu bukan main kasar lagi,” Karissa memerli tingkah laku Zariff.
“Semua orang boleh berubah. Takkan saya tak boleh?” Zariff tegas dengan pendirian barunya.
“Wow,wow,kalau nak gaduh jangan kat sini.Atas katillah,” Shamil pula menyibuk.
Serentak Zariff,Karissa dan Syarien menoleh kearah Shamil.benda-benda macam ni boleh dibuat main.Zariff dengan pengikutnya yang sorang ni sama je perangai.Cuma Zariff lebih taikolah.
“Hehe.. Sorry,” Shamil tersenyum unta menampakkan dua batang  giginya yang besar.
I love U Karissa!!!!!!!!” Zariff melafazkan kata cintanya kepada Karissa dengan menjerit sekuat hati.Tersentap Karissa dek kata-kata Zariff yang tidak disangkanya itu.Semua mata tertumpu kearah mereka.Orang ramai mula bertepuk tangan.Kuat dan semakin kuat.
Pang!!!!!!!!!!
Semua orang terhenti bertepuk tangan.Satu tamparan hebat daripada Karissa hinggap dipipi Zariff.
“Aku tak ingin dicintai orang macam kau.Aku tawar hati kat kau.dan aku tak pernah cintakan kau.I hate you,” bergegas karissa beredar dari  situ.Zariff hanya mampu melihat langkah Karissa yang semakin menjauh.
“Eh,Mil,saya follow Karissa erk.Takut dia buat apa-apa pulak.Ok bye,” Syarien mengejar Karissa.
“Dah,jom balik.Aku tak nak tengok kau malu kat sini,” Shamil cuba memujuk  Zariff agar bergegas pergi kerana banyak mata yang menyaksikan kejadian tersebut.
Zariff menurut perintah kawannya.Sambil berjalan air mata jantannya tumpah ke tanah.Dia menangis bukan kerana malu akibat ditampar didepan khalayak ramai tetapi dia malu dan menyesal atas sikapnya yang selalu berbuat jahat terhadap orang lain.Labih-lebih lagi terhadap Karissa.

Sayangku, Kiss me! 3


Sejak pulang dari kedai tadi sampailah malam ni Karissa masih terperap dalam biliknya.Makan tidak,sembang tidak.Asyik-asyik termenung.Syarien jadi menyesal kerana mempertemukan mereka berdua siang tadi.Syarien pula tidak berani menegur kerana takut dimarahi.Tiba-tiba Karissa teringat kembali peristiwa pahit itu.
“Kau jangan nak berlagak dengan aku,” Zariff memegang erat kedua-dua lengan kecil Karissa ke dinding stor sukan.
“Apa ni? Ko nak apa? Ah,lepas ar… Sakitlah! Bengonglah ko ni,” tengking Karissa.Kudratnya tidak cukup untuk menentang tenaga lelaki itu.Memanglah Karissa ni ada sikap ganas,tetapi itu tidak kuat untuk melawan Zariff.
 “Ooo.. bengong!” Zariff menunjukkan riaksi wajah yang terselindung satu niat.Hanya dia yang tahu.Pada mulanya jarak mereka jauh.Oleh kerana Karissa memberontak,Zariff merapatkan tubuhnya ke tubuh Karissa.Dekat sangat.Karissa tidak mampu untuk membalas renungan tajam Zariff.Dalam hati beristighfar dan memohon keampunan agar dia boleh lepas daripada lelaki gila ini.Matanya dipejamkan.Dadanya turun naik dengan laju.Dalam keadaan seperti ini,apa sahaja boleh berlaku.
Lama kedua-duanya menyepi.Dia panasaran ingin tahu.Dengan perasaan yang sedikit takut,dia gagahkan juga untuk melihat apa yang berlaku. lebih-lebih lagi Zariff masih memegang erat tangannya.Saat mata dibuka,wajah kacak Zariff sudah begitu dekat dengan mulutnya.
Pang!!!!! Inilah hadiah terbaik untuk Zariff.Dia mengusap pipinya yang terasa pedih.Jiwanya panas.Dia bagaikan dirasuk syaitan.Badan Karissa dihempas ke lantai.
“Oi mangkuk,sakit ar…” Karissa duduk dan memicit badan belakangnya.Kelihatan setitis air mata jatuh ke lantai.Sungguh tidak disangka zariff yang pernah dikenalinya suatu ketika boleh melukakan hatinya.Memanglah dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadat Zariff.Tetapi,persahabatan mereka sudah begitu jauh.Sepatutnya,Zariff sudah memahaminya.Takkanlah sanggup berbuat begini terhadap kawan sendiri.Dimana letaknya harga diri? Dia sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita bukan menganiaya.
“Ala ciannya…… Dah nangis lollipop ni,” Zariff menyentuh pipi Karissa.Tangannya ditepis kuat oleh Karissa.Kelakuan Zariff membangkitkan rasa tidak selesa terhadapnya.Zariff seakan mempunyai muslihat tersendiri.
“Kau nak apa daripada aku.Apsal kau buat camni hah??? Aku benci kau!!!!!!”
Kata-kata itu membuatkan Zariff tercabar.Dia menolak Karissa hingga terbaring semula.Lalu memegang erat tangan Karissa dan ingin menciumnya.Karissa meronta-ronta minta dilepaskan.Namun tidak diendahkan oleh Zariff. Dengan izin Tuhan,niat Zariff terbantut.Malangnya,Karissa harus menghadapi satu tuduhan berat yang hampir mematahkan semangatnya untuk terus hidup.
“Astaghfirullahalazim…Apa semua ni?” seorang pensyarah Islam yang berasal daripada Malaysia itu yang datang bersama beberapa orang pelajar di universiti tersebut mengejutkan mereka berdua.
Zariff melepaskan Karissa.Cepat-cepat mereka bangun dan membetulkan pakaian masing-masing.Nasib Karissa baik kerana Zariff tidak sempat berbuat apa-apa terhadapnya.Tetapi,mampukah dia mempengaruhi profesor tersebut.Bukan dia tak tahu.Semua Pensyarah yang ada disitu memuji Zariff kerana kebijaksanaannya.Malah,dia juga baik dimata mereka.Tetapi,kenapa dia boleh jadi seperti ini? Jauh menyimpang dengan perangainya yang dahulu.
“Prof..” belumpun sempat Karissa membetulkan keadaan,pensyarah itu menyampuk.
“Ikut saya!” professor itu terdiam.Mungkin dia tidak mahu memalukan Karissa dan Zariff.Tambahan pula,ramai yang menyaksikan perkara tersebut.
Zariff dan Karissa berjalan mengekori professor tersebut.Sepanjang perjalanan Zariff menunjukkan muka kura-kuranya.Seperti orang yang tak bersalah.Karissa pula menangis mengenangkan nasib yang bakal dihadapinya.Sesekali dia mengerling ke arah Zariff.
 I am so upset to you.Macam mana ni boleh berlaku? Kamu tak rasa malu ke?” suasana yang sunyi dibangkitkan dengan soalan mencari jawapan.Kelihatan Zariff tersenyum seperti terdapat sesuatu yang ingin di sampaikan.Penuh tanda tanya.
We love each other!” ayat pertamanya.
What????????” Karissa menyampuk.Muka selamba Zariff direnung penuh dendam.
“Cinta kami dah lama.Tapi tak sangka pulak dia desak saya,” bertambah geram Karissa dibuatnya.Pandai-pandai dia je nak reka cerita. “Actually,she cannot stop her felling.So,she force me to do that.” tokoknya lagi.
“What kind of the story?” sekali lagi Karissa mencelah.Kalaulah ada tukul,pasti kepala Zariff sudah menjadi mangsa.Air mata terasa ingin meluru keluar.Tetapi cuba ditahan.Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah.Dia juga harus berani menegakkan keadilan.
Prof,trust to me.Dia tipu! He’s the first who try to do it.Memang dah lama bercinta tetapi saya takkan buat kerja bodoh ni,” bidas Karissa.
Kalau dah nafsu tinggi,semua boleh jadi,” Zariff menjadi batu api.Dialah punca segala-galanya.Zarifflah yang telah menyebabkan hidupnya menderita ditanah orang.Zariff jugalah yang telah menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya.Memang malang sungguh nasibnya.
 “Kenapa ko yang aku jumpa? Menyesal aku!” Karissa melepaskan perasaan sebalnya diluar bilik tersebut.
“Hahahahahahahaha……..” Zariff ketawa puas.Tinggal Karissa sendirian disitu.Air matanya yang ditahan sedari tadi sudah mengalir deras melalui wajahnya. “Awas ko,suatu hari nanti aku akan buktikan yang aku tak bersalah dalam hal ni.Pergi mampos ar kau…” marah benar Karissa terhadap Zariff.Selepas ini,dia harus membuat muka tembok kerana semua orang pasti tidak akan mempercayainya lagi.Penderitaannya bertambah apabila duit biasiswanya ditarik semula.Dia bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya.Abahnya hanya bekerja kampung sahaja.Lainlah Zariff,dia hanya digantung belajar selama sebulan.Tetapi,kerana duit,dia dibenarkan belajar semula.Dunia ini memang tidak adil.
Pada masa ini tiada apa yang mampu dilakukan.Semua orang tidak percaya kepadanya.Yang mampu dilakukan hanya berserah pada takdir.
“Aku akan balas dendam.”

***
“Woi,apa yang balas dendam ni??? Mengigau ke hape???” Syarien menegurnya.Rupa-rupa dia telah mengelamun.Karissa tersedar dari lamunannya.Dia mengelap sisa air mata yang masih  melekat dipipi.
“Taklah,aku teringat masa lalu je.”
“Dah,dah,tak yah ar ingat benda yang sakitkan hati tu,” Syarien memujuk sahabatnya. “Wei,aku nak tanya sikit ni,boleh tak?????” Syarien menokok.
“Pew benda???”
“Apsal ko nangis siang tadi hah???? Zariff tu cakap apa kat kau???” tangannya mengusap badan belakang Karissa.
“Ala…Tak ada apa-apalah.Small matter!!!!” Karissa mengenyitkan matanya.
“Em,whatever!!!!”
“Eh,jap-jap erk.Ada orang call aku,” Syarien menyapa panggilan tersebut diluar bilik.
“Em,Shamil lah tu,” Karissa meneka.Dia membaringkan badan di atas tilam empuknya.Akhirnya dia terlena bersama kedukaannya.

Sayangku, Kiss me! 2


“Yin,hari ni hari Ahad. Jom jalan-jalan kat luar.Makan kat luar nak???? Aku teringin nak makan kat kedai Cahaya Islam tu,” Karissa mengadu kebosanannya.Selama ini dia sukar untuk mendapatkan masa yang terluang kerana asyik dengan assigmentnya.Tambahan pula,tahun ini merupakan tahun terakhir dia belajar.Maka,dia harus bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan.Selepas ini,pekerjaan pasti menantinya.
“Hai,dah ngidam plak kawan aku ni,” Syarien menyakat Karissa.Dahinya sengaja dikerutkan.Selalunya susah nak ajak pergi makan di kedai itu.Hari ni lain pula jadinya.Dia yang beriya-iya sangat nak pergi.Malaun manalah yang dah hasut minah ni?
“Banyaklah kau punya ngidam.Aku teringin je.Nak ikut tak???” nafi Karissa.Senang-senang je nak perli aku.
“Nak tak nak!!!!” Syarien mempermainkan kata-kata Karissa.
“Woi,cakap ar elok-elok.Nak ke tak nak?” marah Karissa.Haiya,sudah angin ma….
“Nak, nak, nak. Eh, tak nak, tak nak, tak nak. Eh, nak, nak, nak.”
“Hisy,aku luku kang.”
“Nak lah.Jom siap.”
Mereka berdua bangun dan bersiap.

***

“Puas hati kau dapat makan kat sini,” Syarien bertanya apabila melihat sahabatnya itu berselera sekali menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Of course ar… Bukan selalu dapat makan masakan Timur,” banyak-banyak restoran yang ada di negara Barat ni,inilah satu-satunya restoran yang dijamin halal.Makanannya juga sama seperti dia Malaysia.Hal ini kerana pemilik restoran tersebut berasal daripada Malaysia.Cuma dibesarkan di sini sahaja.Ewah,salasilah pun dah terberitahu sekali! Hehe….
Mereka bergelak ketawa sambil berbincang mengenai pelajaran.Perbualan mereka terhenti apabila secara tiba-tiba satu suara singgah ditelinga mereka berdua.Pandangan dilontarkan ke arah suara tersebut.
“Assalamualaikum,berdua je???” dua orang jejaka menyapa mereka.Terpana Syarien melihat kekacakan Shamil yang diminatinya.Tetapi kacak lagi Zariff.Karissa terhenti menyuap makanan.Tetapi,dia cepat tersedar.Lantas pandangannya dipusing menghadap makanannya semula.Dia berpura-pura benci dengan kehadiran mereka.Bukan Shamil yang dibencinya tetapi kawan yang dibawanya sekali itu.Namun begitu,satu perasaan yang sukar digambarkan sentiasa berbunga mekar dalam  jiwanya setiap kali dia berjumpa Zariff.Perasaan itu sudah lama dibawa bersama.Sejak di bangku sekolah lagi.Kerana itu,dia sukar melenyapkan perasaan tersebut meskipun hatinya sentiasa diguris oleh insan yang tak berperikemanusiaan seperti Zariff.
“Auwww…. Waalaikumussalam,” balas Syarien.Dia membuntangkan matanya kepada Karissa kerana menyepak kakinya.
“Boleh kami duduk sini???” Zariff bersuara.
“Eh,boleh je.Tempat ni bukan hak kami berdua.Lagipun boleh sembang hal pelajaran.”

‘Banyaklah kau punya pelajaran.Padahal boleh bincang pasal kawin-kawin.Hisy,minah tembok ni,aku macam-mana?Takkan nak sembang ngan si Zariff plak.Kau pun tahu aku anti ngan dia.Siaplah kau kat hostel nanti!!!!!!’

Karissa hanya mampu berdiam diri.

‘Huhu……padan muka kau Rissa.Memang aku nak kenakan kau pun.Nasib badanlah.Aku yang bagitau dorang suh datang sini.Selain aku dapat dating ngan Shamil,aku nak bagi kesempatan gak kat Zariff tu.Dah lama dia syok kat kau tapi kau je yang tak bagi peluang kat dia.Nilah masanya.’

“Eh,kejap.Saya duduk sebelah Syarien.Korang berdua duduk kat sini,” Karissa mengubah tempat duduknya.Jika tidak dia terpaksa duduk bersebelahan Zariff dan Syarien bersebelahan Shamil kerana pada mulanya mereka berdua duduk bertentangan dan kerusi hanya ada empat sahaja.
‘Adoi,melepas aku.Tapi tak apa,ni baru permulaan.Nak lembutkan hati orang yang kita sayang mesti ada kesabaran yang tinggi.Sabar Zariff.’ Zariff berkata-kata dalam hati.
“Yin,boleh tak temankan saya pilih kek kat depan tu????” Shamil mengajak Syarien.Tujuannya untuk memberi peluang kepada Zariff bersama Karissa.
“Eh,Za…” Karissa  membuka mulut.Tetapi belumpun sempat menghabiskan ayat,Syarien sudah mencelah.
“Eh,boleh sangat.Dari tadi Yin nak beli kek tu tapi Karissa tak nak temankan.Sekarang Mil dah ajak apa salahnya.Jom!!!!”

‘Isy,kau ni kan Yin,mengada-ngadalah.Tadi aku dah ajak kau beli kek kau yang tak nak.Kau boleh nak salahkan aku lagi.Melampau betoi ar…Aigoo,apa aku nak buat ngan mangkuk sorang ni.Anti,anti,anti……’

Syarien dan Shamil bangun dan pergi ke tempat menjual kek.Tinggallah Karissa sendirian bersama Zariff.
Dua-duanya diam seribu bahasa.Tiada eh,tiada uh.Bosan dengan situasi sekarang,Zariff bersuara.
“Karissa,macam mana study awak dalam bidang kedoktoran tu?”
“Ok,” ringkas benar jawapan Karissa.Namun Zariff tak mudah putus asa.
“Syarien tu memang kawan awak yang paling rapat erk?”
“Kenapa pun???”
“Tak ada pape,” Zariff kelihatan menggaru kepalanya.Bingung dia.Apalagi ayat yang hendak diutarakan agar Karissa dapat berbaik dengannya.
Semuanya senyap semula.
Nice hari ni.Beautiful.Sopan,” Zariff memuji kecantikan Karissa.Dia percaya dengan ayat tersebut,mungkin Karissa akan berbaik dengannya.Tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Ko nak apa sebenarnya? Tak payah lah nak main bahasa ngan aku,” marah benar dia terhadap lelaki itu.Memandangnya pun sukar.
 Ok,I’m sorry.Saya nak minta maaf cause selalu sakitkan hati awak.Saya nak berbaik dengan awak.Please,” Zariff berterus terang.
“Cerminlah diri tu dulu.”
 “Saya betul-betul menyesal.Saya tak sengaja pun nak buat macam tu.I’m sorry.”
Sorry??? Tu je yang ko tau??” bengang tahap puteri tebuan Karissa dibuatnya.Rasanya dia telah tersilap membuat pilihan untuk keluar makan direstoran tersebut.Zariff menjadi tidak menentu.Sesungguhnya dia telah melukakan hati seseorang yang dicintainya.Tetapi kenapa dia boleh bertindak bodoh dahulu? Sedangkan dia juga mencintai perempuan itu.
“Eh,Rissa,kenapa ni?” Syarien menegur sahabatnya apabila mendapati Karissa menangis.Karissa pula tidak dapat menahan perasaannya tatkala mengenangkan peristiwa lalu.Bukan dia seorang perempuan yang lemah.Malah,dia sering menjadi pembimbing kepada kawan-kawan yang lain.Cuma,kenapa cintanya berakhir sebegini?
“Oi kawan.Apa kau dah buat ni hah???” Shamil menepuk lembut bahu Zariff disertai gelak kecil.
“Yin,aku nak balik.Jom!!!!” tanpa sempat berkata-kata,Karissa pantas menarik tangannya dan bergerak dari situ.Air matanya dikesat.Dia tidak mahu orang melihat dia menangis.
Sambil berjalan,Syarien menunjukkan isyarat tangannya ditelinga menunjukkan dia akan membuat panggilan pada bila-bila masa kepada Shamil.Shamil mengangkat ibu jari tangannya menunjukkan dia bersetuju.Karissa dan Syarien hilang dari pandangan.
“Kau cakap apa ngan Karissa sampai menangis bagai nak rak tu??” Shamil menyakat kawannya.
“Nantilah aku cerita.Jomlah! Aku pun dah tak da selera nak makan.”
“Pulak dah!” Shamil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Satu keluhan dilepaskan.Melepas impiannya untuk makan dengan Syarien.Ini semua Zariff punya pasallah.Eloknya campak je lelaki ni ke kandang seladang.Biar disondolnya.

Sayangku Kiss me! 1

“Assalamualaikum,baca buku cinta erk???” Syarien mengusik Karissa yang dilihat sedang leka membaca novel.
“Kau ni Yin,kalau tak usik aku dalam satu hari tak sah.One more thing,what did you say just now? Buku cinta!!! Ni buku pelajaran ok!!!! Cinta-cinta ni tak mainlah,” kata-kata Syarien ditepis keras oleh Karissa.
“Yelah tu….. Novel tu bukan buku cinta rupanya. Baru aku tau….” Syarien memerli sahabatnya.Karissa ni memang suka berdalih.Ada sahaja bidasnya.
“Kau apa tau.Bagi aku ni sebagai rujukan nak buat novel.Lainlah kau,sebagai rujukan nak buat ayat jiwang kuno kau kat Shamil tu,” kata-kata Syarien dibalas pedas oleh Karissa.Mujurlah itu hanya gurauan semata-mata.
Bukan dia mahu menafikan bahawa cinta itu tiada,tetapi dia mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depannya.Sesekali terbit juga benih-benih cinta tetapi pengalaman lalu mengajarnya agar lebih berhati-hati.Selepas apa yang berlaku terhadap dirinya,dia mengambil keputusan agar menolak lelaki untuk dicintai.Baginya,lelaki memang tidak layak untuk menerima kasih sayang dari seorang perempuan.
Kini,bukan mudah untuk cinta dibalas cinta.Baginya,pintu hati untuk menerima seseorang lelaki bagai tertutup rapat.Bagaikan ada kod rahsia yang hanya dapat ditafsirkan oleh pasangan hidupnya yang dijodohkan Allah untuk membuka kembali pintu hatinya kelak.Siapakah gerangan yang dapat melembutkan hatinya semula?
“Hello!!!!” Syarien memanggil Karissa yang sudah terbuai dek perasaan.Senang benar dia terleka.
“HELLO!!!!!!!!!” kali ni suaranya lebih keras.Mungkin tiada maklum balas daripada Karissa.Berkesan! Karissa menoleh Syarien dengan mata yang terbelalak.Telinganya ditekup dengan tangan.
“Oit,agak-agak ar.Pecah telinga aku.Suara macam king kong.Nak mati aku dengarnya,” selamba sahaja Karissa bercakap.
“King kong????? Ok gak.Sekurang-kurangnya aku ada gelaran King.Kau apa ada???? Taik gigi ada lah.Hehe……..”
“Kurang asam betoi ar…… Apa gunanya king…. King pun baterinya dah kong.Hahaha……….”
Masing-masing tidak mahu mengalah.Perbalahan demi perbalahan kedengaran.Lama kemudian,Syarien mati kata-kata.Dia membiarkan sahaja Karissa membebel sendirian.
“Hah,apsal diam?? Dah kalah ngan aku lah tu,” acuh Karissa. Dia tahu, selalunya kalau berbalah dengan Syarien, kemenangan pasti dipihaknya.Mungkin gen emaknya banyak sangat kut!
“Eh,tolong sikit!!!!! Kau tak dengar ke orang bilik sebelah dah bising.Pekak tahap mengkudu ar kau ni,” giliran Syarien pula mengutuk kawannya.
“Oi,melampau betoi kau ni.Aku cepuk kang.Dah!!!! Malas aku nak layan kau.Pergi ar main jauh-jauh.Bau bacing ar kau ni.Dah mandi ke belum entah,” Karissa menolak lembut badan Syarien.
“Nah,nah,nah…...amik kau.Rasakan penangan bau terhebat dari aku.Huhuhu……” Syarien mengangkat ketiaknya dan mendekatkan ke muka Karissa.
“Mak ai!!!!!!!! Nak mampos aku.Bau mengalahkan biawak mati.Tempoyak plus belacan plus budu pun tak bau haruk macam ketiak kau.Baik kau pergi mandi.Fuhh!!!!!”
“Yelah……” malas di kutuk lagi,Syarien pun segera beredar.
 Karissa menyambung semula pembacaannya.Syarien pula hilang di sebalik daun pintu.Dia menarik nafas lega.Sengaja dia mereka ayat agar Syarien tidak mengganggunya.Bau tersebut hanya rekaan semata-mata.Memang benar Syarien masih belum mandi,tetapi tidaklah sampai bau teruk sangat.
“Cak,cak,cak……..” Syarien menjengukkan kepalanya dari daun pintu.
Karissa melepaskan satu keluhan panjang.
“Kau nak apa lagi hah????”
“Aku lupa nak amik tualalah.Takkan nak terbuntang bulat kut..” Syarien berjalan ke ampaian tuala.
“Hah,nak apa tengok-tengok aku,” Karissa meyoal apabila Syarien berhenti dihadapannya.
“Eh,perasan plak!!! Bila masa aku tengok kau.Aku tengok taik hidung kau tu.Kau ni mandi ke tak???” hidung Karissa dicuit.
“Mandi ok… Lebih awal dari kau,” Karissa mengelap mukanya.Kelihatan sedikit taik hidung di tapak tangannya.
“Hahaha….kutuk aku lagi,” bergema bilik itu dengan suara Syarien.
Karissa mencampakkan bantal kearah Syarien.Segera Syarien mengelak dan terus hilang di balik pintu.
‘Ah,macam mana aku boleh tak perasan ada benda kat muka aku ni.Malunya.’
“Aik,dah mandi ke belum?”
“Dah ar… Tak caya ko cium ketiak aku,” Syarien mengangkat ketiaknya.
“Fuhh….. Taubat aku.Oit,laju benar hang mandi.Daki-daki berkilo kau pun tak sempat tanggal.Mandi apa kau ni.”
“Kau jangan kutuk aku lebih-lebih.Kang aku bagi plak.Dah ar baca novel tu.Jom solat.”
“Opsss…..women matter..” Karissa tersenyum sipu.
“Em…..pututlah banyak jerawat kat muka kau.Hehehe…”
“Banyaklah kau punya jerawat..Tak ada pun,” Karissa menyentuh kulit mukanya.Licin.
“Dah,dah.Cepat solat.Dah nak habis maghrib ni,” tokok Karissa.
Syarien solat sendirian manakala Karissa menyambung membaca novel.